Previous Next

WACANA SERANTAU RUKUN NEGARA DAN PANCASILA (IDEOLOGI DAN AMALAN)

Wacana Serantau Rukun Negara dan Pancasila (Ideologi dan Amalan)

Satu program telah berlangsung iaitu program Wacana Serantau Rukun Negara dan Pancasila: Ideologi dan Amalan anjuran Universiti Malaysia Pahang (UMP) melalui Institut Tamadun dan Kajian Strategik (ITKAS) dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Negeri Yogyakarta (UNY) dan Universitas Gadjah Mada (UGM), Indonesia pada 24 Ogos 2022 yang lalu.
 
Program ini menyaksikan bukan sekadar kerjasama antara tiga buah universiti, tetapi juga dua negara serumpun yang berkongsi persamaan jerih perih perjuangan kemerdekaan serta perjalanan panjang pembangunan negara bangsa yang tercinta. Wacana Serantau Rukun Negara dan Pancasila ini menyaksikan Ucaptama disampaikan oleh Profesor Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin (UKM) dan Ucaptama kedua oleh Dr. Heri Santoso (UGM).
 
Manakala forum pula menampilkan Profesor Dr. Farida Hanum sebagai Moderator dan panel terdiri daripada Profesor Dr. Sivamurugan a/l Pandian (USM), Profesor Madya. Dr. Rukiyati (UNY), Ahmad Fahmi Fazli (UMP) dan Evi Rovikoh Indah Saputri (Universitas Teknologi Yogyakarta). Turut sama menjayakan forum, Dr. Mohamad Hilmi Mat Said sebagai Moderator dan lain-lain panel terdiri daripada Profesor Madya Dr. Hasan Ahmad (UMP), Dr. Cepi Safrudin Abdul Jabar (UNY), Mariam Zahiah Tazali (UKM) dan Farozi Ar’rafi (UNY). Sebelumnya pada 22 Ogos 2022, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Pahang (UMP), Tan Sri Dato’ Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman melancarkan buku Rukun Negara dan Pancasila Ideologi dan Amalan terbitan Penerbit UMP dalam Majlis Makan Malam sempena Wacana Serantau Rukun Negara-Pancasila

Print   Email