Previous Next

PROGRAM BUAL BICARA WIRA ANTARA POLIS DIRAJA MALAYSIA DAN UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

Kuala Lumpur, 12 Ogos – Program Bicara Wira Antara Polis Diraja Malaysia dan Universiti Malaysia Pahang

Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengadakan Program Bicara Perwira bertajuk Pengorbanan Polis Menentang Pengganas Komunis. Program wacana yang akan diadakan di Dewan Sultan Ahmad Shah Maktab PDRM Kuala Lumpur pada 12 Ogos 2022 bermula 9.00 pagi ini merupakan ilham dan inisiatif daripada YBhg Tan Sri Dato' Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman, Pengerusi Lembaga Pengarah UMP, YDH Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, Ketua Polis Negara, YBhg Dato’ Kamarudin Md Ali, Pengerusi British Graduate Association Malaysia (BGAM) dan YBhg Dato’ Meor Che Hussein, Pengerusi Retired Senior Police Officers Association (RESPA) dengan kerjasama Yayasan UMP serta Institut Kajian Tamadun dan Strategi UMP (ITKAS).
 
Program ini bertujuan memaparkan perjuangan dan pengorbanan yang telah dilalui oleh setiap anggota polis sewaktu zaman darurat iaitu daripada tahun 1948-1989 sekaligus mengangkat martabat dan membina naratif bagi menghargai perjuangan yang telah diberikan oleh pasukan Polis Diraja Malaysia dalam mengekalkan keamanan dan kedaulatan negara tercinta dalam kalangan pelajar dan generasi muda. Topik ini akan dikupas oleh tiga ahli panel yang terdiri daripada YBhg Dato’ Abdullah Abdul Hamid (Bekas Ketua Pegawai Turus EIM, Cawangan Khas), YBhg Prof. Madya Dr. Hassan Ahmad (Dekan Kanan Kolej Pengurusan dan Kemanusiaan UMP), YBhg. Puan Ooi Suan Kim (Peguam dan EXCO BGAM) dan dikendalikan oleh Pengarah Kanan Akademi ADAB UMP, YBhg Mejar Imaduddin Abidin sebagai moderator. Fokus perbincangan akan menjurus dalam tiga perspektif iaitu perspektif akademik, perspektif penglibatan pegawai polis dan perspektif awam.
 
Program Bicara Perwira yang julung kali diadakan ini dihadiri dalam kalangan pengurusan tertinggi UMP dan PDRM, bekas ahli F-TEAM, wakil daripada Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK), Masjid Saidina Umar al-Khattab Bukit Damansara (MSUA), warga kerja PDRM dan para pelajar UMP.

Print   Email