TAYANGAN KHAS DOKUMENTARI (PELAYARAN SANG MAESTRO) DAN SESI DIALOG CENDEKIA
Hits: 128
Institut Tamadun dan Kajian Strategik dan Pusat Sains Kemanusiaan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) menganjurkan program Tayangan Khas Dokumentari (Pelayaran Sang Maestro) dan Sesi Dialog Cendekia. Dalam majlis ini ucaptama disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UMP, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman. Manakala sesi forum pula menampilkan tiga panel hebat iaitu Pengarah Filem yang juga Felo Perunding Pusat Sains Kemanusiaan UMP, Roslan Madun, Pelakon Zaidi Omar, Pengarah Institut Tamadun dan Kajian Strategik (ITKAS) UMP, Prof. Madya Dr. Hasan Ahmad serta dikendalikan Pegawai Penerbit Kanan UMP, Muhammad Azli Shukri merangkap moderator. Tan Sri Dato’ Sri Dr. Abdul Aziz dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada Roslan Madun yang baharu sahaja dilantik Felo Perunding Pusat Sains Kemanusiaan UMP dan sudi berkongsi karyanya yang sangat menarik di samping berkongsi pengetahuan menerusi dokumentasi ini.
Ujarnya, tayangan ini sangat hebat yang mempamerkan orang-orang Melayu terdahulu yang boleh mengembara seluruh dunia dan tamadun Melayu berasaskan pelayaran. “Negara kita pernah menjadi tarikan seluruh dunia dengan kekayaan hasil bumi dan rempah ratus yang pada masa itu menjadi alternatif dalam masakan. “Kita akan meluaskan lagi citra-citra seperti ini untuk meningkatkan pemahamam kita, identiti-identiti kekuatan bangsa kita,” katanya. Bagi Roslan Madun pula berkata, orang Melayu sangat cerdik, berani dan mempunyai semangat setiakawan yang tinggi. Ujarnya, generasi kini hari ini jangan mudah terpedaya dengan benda-benda negatif yang akan melemahkan semangat melayu. “Berhentilah mempercayai melayu malas, mudah lupa dan sebagainya. Istilah ini akan merosakkan generasi muda yang akan menjadi pemimpin negara suatu masa nanti,” katanya.
Tambahnya lagi, sejarah melayu perlu dikaji dengan sebaiknya. Semua kekuatan dan kehebatan ini kerana bangsa Melayu itu hidup berlandaskan agama islam, sejak dulu Melayu itu menguasa laut, sepanjang Selat Melaka Kerajaan Melayu menguasai perdagangan samudera yang membina tamadun bermula Srivijaya berkurun lampau sehingga kini di Kepulauan Melayu.
Beliau sendiri mengakui dalam penghasilan dokumentari Pelayaran Sang Maestro ini, pihaknya banyak merujuk beberapa pakar sejarah agar matlamat untuk menyampaikan tamadun sejarah itu tercapai. Program turut dihadiri Naib Canselor UMP, Prof. Dato’ Ts. Dr. Yusserie Zainuddin, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr. Kamal Zuhairi Zamli dan Pengerusi Majlis Kebudayaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Hajah Shahaniza Hj Shamsuddin. Hadir sama Presiden Dewan Persuratan Melayu Pahang, Datuk Prof. Emeritus Dr. Haji Mohamad Mansor Abdullah dan Pengarah Perpustakaan Negeri Pahang, Nor Zahira Azmi.
Latest News
Most View Articles
- PROGRAM BUAL BICARA WIRA ANTARA POLIS DIRAJA MALAYSIA DAN UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG
- UMP, YAYASAN UMP, RIDING FOR THE DISABLED ASSOCIATION MALAYSIA DAN KELAB EKUESTRIAN TG. LUMPUR JALIN KERJASAMA DALAM AKTIVITI BERKUDA
- WACANA SERANTAU RUKUN NEGARA DAN PANCASILA (IDEOLOGI DAN AMALAN)
- KURUS PENGENALAN SYAIR