KUNJUNG HORMAT ITKAS UMP KE ISTAC IIUM

KUNJUNG HORMAT ITKAS UMP KE ISTAC IIUM

KUNJUNG HORMAT ITKAS UMP KE ISTAC IIUM
 
13 Februari 2023, Kuala Lumpur, Sekitar sesi kunjung hormat ke International Institute Of Islamic Though and Civilisation (ISTAC) IIUM, bagi perkongsian berkaitan dengan pentadbiran, operasi dan program yang dijalankan bersama di masa akan datang. Kunjungan ini juga menjadi platform perkongsian idea dan pandangan antara pihak ITKAS dan ISTAC.
 
Delegasi UMP diketuai oleh Profesor Madya Dr Hasan Ahmad, Pengarah Institut Tamadun dan Kajian Strategik (ITKAS), Dr. Hilmi bin Mat Said, Dekan Pusat Sains Kemanusian, dan Encik Azman Abdul Rahman, Ketua Pustakawaan, Perpustakaan, turut serta adalah Pengurusan ITKAS. Manakala dari ISTAC diketuai oleh Profesor Dr Abdel Aziz Berghout, Dekan ISTAC, Puan Zuraida Hassan, Pengarah Pentabiran ISTAC dan turut serta adalah pensyarah-pensyarah ISTAC.
 
Banyak perkara yang dikongsikan melalui perbincangan ini antaranya adalah pengenalan tentang ISTAC dan ITKAS serta program-program yang telah dianjurkan. Pihak ISTAC amat terbuka dan percaya hubungan dua hala dengan pihak ITKAS adalah bagi jangka masa panjang yang akan memanfaatkan kedua-dua pihak terutamanya dalam agenda memperkasakan bidang Ketamadunan Melayu.

Print   Email