UMP, YAYASAN UMP, RIDING FOR THE DISABLED ASSOCIATION MALAYSIA  DAN KELAB EKUESTRIAN TG. LUMPUR JALIN KERJASAMA DALAM AKTIVITI BERKUDA

UMP, YAYASAN UMP, RIDING FOR THE DISABLED ASSOCIATION MALAYSIA DAN KELAB EKUESTRIAN TG. LUMPUR JALIN KERJASAMA DALAM AKTIVITI BERKUDA

UMP, YAYASAN UMP, RDAM DAN KELAB EKUESTRIAN TG. LUMPUR JALIN KERJASAMA DALAM AKTIVITI BERKUDA.
 
Mac 15, 2023 - Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Diantara Universiti Malaysia Pahang, Yayasan UMP, Riding For The Disabled Association Malaysia dan Kelab Ekuestrian Tg. Lumpur dalam perkongsian kepakaran dan perkhidmatan berkuda dalam membantu pelajar dan golongan OKU.
 
Program ini adalah berkaitan program berkuda kepada warga kurang upaya UMP dan juga komuniti sekitar UMP dalam masa yang sama pihak UMP akan dapat berkongsi kepakaran dan kemudahan berkuda bagi menyediakan terapi dan rehabilitasi kepada warga kirang upaya seperti autism dan cerebral palsy terutamanya. Kerjasama ini juga merupakan salah satu inisiatif memperkasakan mahasiawa dalam menunggang kuda dan menjadi sukarelawan dalam membantu warga kurang upaya semasa proses terapi dan rehabilitasi berkuda dijalankan.
 
UMP diwakili oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UMP, Tan Sri Dato’ Sri Abdul Aziz Abdul Rahman dan Naib Canselor, Profesor Dato' Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin. Manakala RDAM diwakili oleh Setiausaha Kehormat, Johari Lee dan Presiden Kelab Ekuestrian Tanjung Lumpur, Dato’ Dr. Ahmad Shukri Haji Ismail.
 
Semoga dengan termeterainya memorandum persefahaman ini dapat memberikan manfaat kepada semua pihak. Semoga dapat menjalinkan kerjasama yang erat dan berkongsi kepakaran sedia ada dalam membantu warga kelainan upaya menjalani sesi terapi dan rehabilitasi.

Print   Email