Previous Next

FORUM BUAL BICARA UNDI 18: APA ORANG MUDA PERLU TAHU?

Forum Bual Bicara Undi-18: Apa Orang Muda Perlu Tahu?

Program Forum Undi 18 ini adalah program anjuran Institut Tamadun dan Kajian Strategik (ITKAS) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) melibatkan lebih 1500 pelajar baharu UMP. Idea penganjuran program ini adalah bermula daripada sesi pertemuan Pengerusi LPU, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman bersama beberapa wakil persatuan belia di Pahang pada 24 Februari 2022 yang lepas. Ia berlangsung di Hotel Zenith, Kuantan. Dalam pertemuan tersebut, beberapa aktiviti dirangka dan ia adalah termasuk untuk menjalankan program Undi 18 ini.
 
Forum Undi 18 - Apa Orang Muda Perlu Tahu? ini berjaya menjemput YB Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I sebagai Panel 1 dan Perasmi penutupan program. Selain itu, ucaptama telah disampaikan oleh Tan Sri Dato’ Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman. Ia diadakan bagi mengangkat objektif dalam memberikan pendedahan kepada gologan belia yang berusia 18 hingga 25 tahun tentang kesedaran melaksanakan tanggungjawab kepada negara. Objektif bagi program ini adalah mewujudkan kesedaran dalam kalangan belia terutamanya pelajar ump mengenai belayakan mengundi seawal usia 18 tahun dan juga menerap dan menyebarkan nilai-nilai demokrasi serta kenegaraan dalam kalangan belia sebagai pengundi baru. Pada akhir program peserta forum akan menjawab kuiz kahoot secara atas talian. Kebanyakan peserta memberikan respon yang baik dan penglibatan sepenuh semasa program berlangsung.
 
 

 


Print   Email